Individu kucar kacirkan parti perlu dikenakan tindakan disiplin

Politics
30 May 2022 • 3:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JASIN - Lembaga Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu yang mengeluarkan kenyataan berhubung kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan UMNO negeri sehingga boleh mengkucar-kacirkan parti.

Timbalan Ketua Pemuda UMNO negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, kenyataan peribadi segelintir individu tersebut telah menimbulkan keadaan 'kurang senang' dalam kalangan ahli parti.

"Kita tidak mahu perkara mendatangkan gusar dalam kalangan ahli yang mahu melaksanakan tugas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Merlimau di Lipat Kajang pada Isnin.

Sebelum itu beliau bersama Ketua Wanita UMNO bahagian Jasin, Siti Faizah Abdul Azis dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Melaka Datuk Khaidirah Abu Zahar menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka manakala Datuk Seri Ab Rauf sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Pada Isnin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan desas-desus mendakwa kepimpinan UMNO negeri berkenaan bakal bertukar dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu dilaporkan berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan UMNO negeri, ketika ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved