“Tak Masuk Akal!” – Dibenarkan Untuk Jumpa Cucu Sekali 2 Minggu, Cef Wan Geram Cef Riz Tak Bersuara

17 May 2022 • 2:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang diketahui ramai, terdahulu isu diantara personaliti masakan terkenal iaitu Cef Wan bersama bekas menantunya, Shikin Maembong menjadi satu topik yang hangat di laman media sosial.

Setelah reda dengan isu yang berlaku, terkini cef terbabit seakan-akan meluahkan rasa terkilan dengan keputusan sementara mahkamah yang hanya membenarkan dirinya untuk bertemu cucu sekali 2 minggu sahaja daripada ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati kenapa anaknya iaitu Cef Riz bersetuju dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah itu.

Tambahannya lagi, dia merasakan segala keputusan yang dilakukan ini tidak masuk akal dan ia seperti menampakkan mereka tidak berdaya untuk bersuara.

Sekadar info, hasil daripada perkahwinan Cef Riz dan Shikin Maembong, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Arianna Natasya. Namun perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama dan mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2016.

image is not available 3 bulan lalu

"Tak Tahu Malu, Kata Diri Difitnah Konon! Aku Akan Buktikan" - Tak Diam Diri, Cef Wan Balas Balik