Rekaan SUV Elektrik Honda Prologue Diperlihatkan – Akan Ditawarkan Bermula 2024

TechnologyDigitalCars
20 May 2022 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honda ingin mengeluarkan hanya kenderaan berkuasa elektrik menjelang 2030 sebagai langkah menjadi syarikat sifar pencemaran menjelang 2040. Sebelum ini memperlihatkan konsep kenderaan elektrik SUV, prestasi tinggi dan coupe. Hari ini rekaan Honda Prologue telah dikongsi oleh Honda dengan sasaran ia akan dipasarkan bermula 2024.

image is not available

Prologue ialah sebuah SUV dengan rekaan yang lebih futuristik berbanding Honda SUV e:prototype yang mirip rekaan CRV. Honda ingin menawarkan sebanyak 30 kenderaan BEV baharu dalam masa terdekat dan SUV ini akan menjadikan perubahan ke kenderaan elektrik menjadi lebih lancar.