Bomba Ingatkan Pemandu Tak Bernyawa, Rupa-Rupanya Mabuk Tertidur Dalam Kereta

Cars
17 May 2022 • 5:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pemandu mabuk seringkali membawa masalah di atas jalan raya dan kemalangan yang berkait dengan pemandu mabuk selalunya melibatkan individu tidak bersalah.

‘Viral’ satu video di TikTok di mana sebuah kereta tidak bergerak selama tiga jam di hadapan lampu isyarat.

Menurut ‘caption’ video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai Muhammad Rozi Syafiq, dikatakan pemandu tersebut dianggap telah meninggal dunia rupa-rupanya mabuk dan tertidur di hadapan lampu isyarat.

Selain itu, pihak bomba juga turut datang untuk membantu mengeluarkan lelaki itu daripada keretanya.

Namun, apa yang mendatangkan kemarahan apabila dikatakan pemandu berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak penyelamat.

Tinjauan ke ruangan komen menunjukkan, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan.

image is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available 5 hari lalu

(VIDEO) "Tak Sedar Diri.." - Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa 'Drive' Sambil BerTikTok, Netizen 'Naik Hantu'