“Dia Anak Tak Sah Taraf..” – Anak Lagi Sebulan Nak Kahwin, Bapa Dedah Hal Sebenar

18 May 2022 • 6:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap individu yang bernikah, persiapan sebelum hari bersejarah menjelang itu sudah pasti harus dilihat dengan teliti kerana mahukan segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun, perkara yang amat mengejutkan buat seorang bakal pengantin ini apabila ayahnya memaklumkan hal sebenar yang membolehkan proses pernikahannya terganggu.

Ayahnya sendiri mengakui kepada seorang individu di TikTok yang dikenali sebagai Tok Kadi Hipster ini mengenai keterlanjuran bersama si isteri sehingga memiliki anak perempuannya itu.

Tidak mahu disalah anggap oleh para netizen, beliau memberitahu kisah ini dikongsikan di laman media sosialnya kerana mahu ianya dijadikan sebagai pengajaran serta tauladan buat orang ramai.

Difahamkan, ibu bapa berkenaan akhirnya berani mahu dedahkan hal sebenar yang sudah lama disimpan oleh mereka dan kini berasa runsing kerana terpaksa memberitahu anak perempuannya bahawa dia tidak dapat menjadi wali ketika hari bahagiannya.

image is not available

Apabila meninjau di ruangan komen hantaran video berkenaan, rata-rata netizen turut bersimpati atas apa yang berlaku dan berkata biarpun anaknya akan berasa kecewa, memberitahu hal sebenar adalah keputusan yang terbaik ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Kenapa Tak Pakai Baju Melayu" - Keluarga Fatimah Kesal Dilabel Murtad Hanya Kerana Pakai Kurta Sambut Raya