Tottenham Beri Tamparan Kepada Cabaran Liverpool

Football
8 May 2022 • 8:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Heung-min meraikan gol jaringannya menentang Liverpool. - Gambar AFP

LONDON - Usaha Liverpool untuk merampas mahkota Liga Perdana Inggeris menerima tamparan selepas seri 1-1 dengan Tottenham.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu ketinggalan selepas Son Heung-min menjaringkan gol di babak kedua sebelum Luis Diaz menyamakan kedudukan sebelum permainan tamat.

Liverpool, yang mengejar empat kejuaraan, naik ke puncak liga di hadapan Manchester City dengan perbezaan gol.

Juara bertahan City boleh merampas kembali kedudukan pertama jika berjaya mengalahkan Newcastle di laman sendiri malam ini.

“Amat sukar untuk bermain menentang lawan yang mempunyai para pemain dan seorang pengurus yang bertaraf dunia.

“Mereka mempunyai seminggu untuk membuat persiapan dan kami bermain setiap tiga hari.

“Ada banyak lagi permainan untuk ditempuhi. Kami harus bergerak ke hadapan,” kata Klopp. - AFP

Keputusan lain:

Brentford 3 Southampton 0

Burnley 1 Aston Villa 3

Chelsea 2 Wolves 2

Crystal Palace 1 Watford 0

Brighton 4 Man United 0

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved