Wanita Ini Tak Setuju Dan Larang Majikan Belanja Pekerja Makan-Makan Kerana Sudah Dibayar Gaji

8 Jun 2022 • 9:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebuah hantaran yang dimuat naik seorang ‘coach’ perniagaan yang dikenali sebagai Puan Ainon menjadi tular gara-gara kenyataannya yang ‘menjentik’ hati pekerja-pekerja makan gaji di luar sana.

Kata wanita itu, majikan tidak perlu membelanja para pekerja dengan acara makan-makan setelah mereka melakukan sebarang tugas dengan baik.

Simpan duit belanja staff makan-makan itu. Kita bukannya kedekut. Kita menguruskan duit bisnes dengan cara yang lebih bijak.

Jelasnya, duit ‘makan-makan’ itu patutnya ditukar sebagai duit bonus hujung tahun buat para pekerja.

Kenyataan tersebut sekaligus mengundang perdebatan dalam kalangan netizen di mana rata-rata mereka ada yang bersetuju dan tidka bersetuju dengan kenyataan Puan Ainon tersebut.

image is not available

Memetik komen netizen, perbuatan belanja staf makan-makan itu sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja dan majikan selain dapat menambah rezeki.

Kita peniaga jangan terlalu fikirkan kebendaan dan keduniaan. Sesekali makan bersama-sama staf akan mengeratkan silaturrahim dan sedekah makanan adalah sebaik-baik sedekah – netizen

Selain itu, ada juga yang bersetuju dengan pendapat ‘coach’ bisnes tersebut dan menganggap staf patut dilayan sebagai pekerja yang dibayar gaji dan bukannya ahli keluarga.

image is not available

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.