Individu Kecam Syed Saddiq Tak Bagi Tempat Duduk Pada Wanita Dalam Tren, Tapi Netizen ‘Back-Up’

Politics
3 Jun 2022 • 3:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, kita sering nampak foto Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq di dalam tren LRT tular di platform media sosial dan semua itu dikongsikan oleh orang ramai.

Terbaharu, foto beliau sedang duduk di dalam LRT telah mengundang rasa tidak selesa di kalangan netizen.

Pengguna yang menularkan foto berkenaan mempertikaikan tindakan Syed Saddiq tidak memberi tempat duduknya kepada seorang wanita yang sedang diri berdekatan dengannya waktu itu dan berkata ia sememangnya tidak patut berlaku.

Barangkali merasakan orang ramai akan bersetuju dengan tindakannya membuat ciapan seperti itu, tetapi netizen rata-ratanya mengecamnya kerana menganggap hal yang dilakukan oleh Ahli Parlimen terbabit sama sekali tidak salah.

Bukan sekadar itu saja, wanita yang ada di dalam tren ketika itu juga turut meninggalkan komen balasannya mengenai hal itu dan berkata tidak kisah jika dia ataupun kaum wanita tidak ditawarkan untuk duduk di dalam LRT.

 

image is not available

Dalam pada itu, kaum lelaki turut berkata tindakan tidak memberi duduk kepada kaum wanita itu tidak salah kerana kebarangkalian lebih memerlukan sebab stesen yang hendak dituju lebih jauh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

'Body Shaming' Dan 'Downgrade' Hidup Orang Lain, DJ S**** FM Dikritik Sebarkan 'Mood' Negatif