Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Aidilfitri Keluarga Pekap

1 Jun 2022 • 6:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di Ibu Kota (Pekap) di sini, pada Rabu.

Baginda berdua meluangkan masa hampir dua jam di majlis berkenaan untuk beramah mesra dengan anak-anak Pahang yang hadir.

Seri Paduka turut menyampaikan sumbangan kewangan hasil kerjasama julung kali Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pekap kepada 28 asnaf anak-anak Pahang Wilayah Persekutuan pada majlis itu.

Menerusi kerjasama itu, Pekap diamanahkan MAIWP untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM260,100 kepada asnaf anak-anak Pahang Wilayah Persekutuan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 jemputan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang juga Ahli Parlimen Maran serta penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved