15 Warga Malaysia Terbabit Kemalangan di Arab Saudi

10 Jun 2022 • 4:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wisma Putra - Gambar oleh Abdul Razak Latiff

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan bas pekerja dinaiki 15 warganegara Malaysia terbabit kemalangan, dengan dua daripadanya mengalami kecederaan serius di Muzdalifah, Arab Saudi semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra, mereka adalah pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terbabit dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Makkah.

Susulan insiden tersebut, katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Makkah bagi mendapatkan rawatan.

“Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar serta sudah dibenarkan pulang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung insiden tersebut,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra memaklumkan, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kementerian Luar mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan seberapa segera,” katanya. – Getaran, 10 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved