Huawei FreeBuds 5i Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri 28 Jam

TechnologyDigital
8 Jun 2022 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei kini hadir dengan fon telinga nirwayar baharu menerusi pengenalan Huawei FreeBuds 5i. Ia dipasarkan sebagai set fon telinga yang memfokuskan terhadap pengguna belia. Dalam masa sama, turut diiklankan dengan kemampuan audio baik dan rekaan yang praktikal untuk dibawa ke mana-mana.

image is not available

Huawei FreeBuds 5i menggunakan sepasang pemandu audio bersaiz 10mm dengan gabungan dwi-mikrofon terbina dan kawalan sesentuh sepenuhnya. Sokongan teknologi Dual-Hybrid Noise Cancellation yang disertakan menawarkan keupayaan pengurangan bunyi mencapai 42dB. Tambatan pula boleh dilakukan menerusi bluetooth 5.2 untuk sambungan yang stabil.

image is not available

Kemudian, ia turut menyokong pelindungan kalis air IPX4 dan bateri 410mAh yang digunakan mampu beroperasi sehingga 28 jam dengan bantuan pod pengecasan. Penggunaan aplikasi Smart Life turut disarankan bagi membolehkan pengguna menyambungkan fon telinga ke peranti pintar dengan mudah.

image is not available

Tidak ketinggalan, ia turut menyokong ciri sambungan ke dua peranti berbeza dalam satu masa secara automatik. Di China, Huawei FreeBuds 5i dijual pada RMB499 (~RM328) dengan beberapa pilihan warna seperti Ceramic White, Interstellar Black dan Island Blue.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved