56 Motosikal Cetuskan Halangan Disita

1 Jun 2022 • 8:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota penguat kuasa MBJB menjalankan operasi bersepadu bersama PDRM menyita motosikal yang diletakkan di tempat awam yang tidak dibenarkan sehingga menyebabkan halangan. - Gambar oleh MBJB

JOHOR BAHRU - Sebanyak 56 motosikal disita dan dialihkan dalam satu operasi bersepadu melibatkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu dijalankan di kawasan awam sekitar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Katanya, lokasi tersebut lazimnya dijadikan tempat meletak motosikal sehingga menyebabkan halangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Tindakan sitaan ini dijalankan berikutan terdapat aduan orang awam berkaitan motosikal yang diparkir di kawasan tidak dibenarkan itu,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Noorazam, tindakan pengalihan motosikal itu dibuat mengikut Kesalahan UUK 6(i)(g), Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBJB) Pindaan 2004 iaitu meletakkan kenderaan di tempat awam sehingga menyebabkan halangan.

“Semua motosikal yang dibuat pengalihan akan disimpan di Depoh Penyimpanan Kenderaan Sitaan MBJB dan orang ramai yang ingin membuat semakan bagi kenderaan yang ditunda boleh berbuat demikian melalui MyVis di pautan https://mobile.mbjb.gov.my/vis$/vis/vis039senopt.asp,” jelasnya.

Mohd Noorazam berkata, operasi berkenaan melibatkan 36 anggota penguat kuasa MBJB dan empat anggota Balai Polis Sentral.

“Operasi seperti ini akan dijalankan dari semasa ke semasa, termasuk sitaan motosikal.

“Orang ramai dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan masing-masing di tempat sepatutnya dan tidak berbuat sesuka hati sehingga mengganggu pihak lain,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved