Bukan masa tepat laksana GST: Mohd Shafie

LocalPolitics
5 Jun 2022 • 8:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Bukan masa tepat untuk pelaksanaan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).kerana rakyat sudah terbeban dengan harga barang masalah pengangguran.

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut meluahkan kebimbangan kerana kuasa beli juga semakin rendah.

Mohd Shafie juga yakin GST bukan langkah bijak kerana boleh menjejaskan usaha memulihkan negara.

"Kita jangan hanya lihat dari segi penambahan hasil tetapi juga boleh mengurangkan bebanan negara dengan mengurangkan projek-projek mega yang tidak mempunyai kesan kepada ekonomi dalam negara selain hentikan perbelanjaan perjalanan menteri ke luar negara kerana ia menelan kos yang banyak," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di ibu pejabat Warisan, Kolombong, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kemungkinan kerajaan akan melaksanakan semula sistem GST.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu mencadangkan supaya kerajaan mengambil beberapa langkah termasuk mengurangkan perbelanjaan negara daripada pelbagai aspek.

Mohd Shafie sebelum itu turut mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di ibu pejabat Warisan, Kolombong, Kota Kinabalu.