Kerajaan, Sila Selesaikan Segera Isu Hak Veteran ATM - Anwar

LocalPolitics
6 Jun 2022 • 6:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didesak segera menyelesaikan isu berkaitan hak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diperjuangkan golongan itu sekian lama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu terbabit juga sudah beberapa kali dibangkitkan beliau dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Parlimen.

Menurutnya, suara golongan itu yang banyak berjasa kepada negara tidak seharusnya diabaikan.

“Saya ikuti perkembangan perhimpunan aman oleh veteran ATM di Tugu Negara hari ini.

“Ternyata mereka ini tiada pilihan lain untuk menegakkan hak mereka dan beberapa perkara selepas gagal mendapat tumpuan Kementerian Pertahanan.

“Hari ini sekali lagi saya mendesak Menteri Pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Veteran ATM hari ini dilaporkan mengadakan perhimpunan secara aman untuk menegakkan hak golongan itu mengikut saluran betul yang dituntut sejak lapan tahun lalu.

Golongan berkenaan mengemukakan tiga tuntutan utama dengan dua daripadanya adalah berkaitan pencen, iaitu penyelarasan pencen dan pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima bayaran itu.

Tuntutan ketiga ialah pengampunan kepada veteran ATM supaya boleh menerima pencen dan diiktiraf sebagai veteran.

Perhimpunan tersebut dihadiri kira-kira 500 veteran dan turut disertai orang awam sebagai tanda solidariti kepada wira negara berkenaan. - Getaran, 6 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved