Tingkat taraf komuniti melalui aktiviti sukarelawan: Yayasan RYTHM

9 Jun 2022 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Taraf hidup komuniti dan masyarakat setempat mampu ditingkatkan bukan hanya dari segi bantuan kewangan dan peruntukan dana, bahkan ia juga mampu dilaksanakan melalui aktiviti yang melibatkan sukarelawan dan kegiatan seumpamanya.

Pengerusi Yayasan RYTHM, Datin Seri Umayal Eswaran (gambar) berkata ramai penduduk dalam komuniti dan masyarakat dari seluruh negara ditimpa masalah berikutan pelbagai musibah yang berlaku, seluruh dunia.

“Tidak kira dalam negara atau luar negara, pasti ada komuniti yang terkesan secara total apabila ditimpa sesuatu krisis atau musibah seperti bencana alam, krisis ekonomi dan sebagainya.