“Wanita Bukan Dilahirkan Untuk Menjadi Pemimpin” – Netizen Tidak Bersetuju Dengan Kenyataan Nurul Hidayah

1 Jun 2022 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa tak kenal dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang seringkali lantang dalam menyuarakan pendapatnya di media sosial.

Wanita tidak layak memimpin

Terbaru, anak kepada Presiden UMNO itu sekali lagi menerima tempias kecaman dari warganet yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuatnya dalam satu video yang dimuatnaik SinarDailyMy di TikTok.

Menerusi video yang tular itu, Nurul Hidayah menyatakan bahawa golongan wanita itu tidak dilahirkan untuk memimpin kerana itu merupakan tugas buat golongan lelaki.

Saya rasa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin tau. Yaa, wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.

Nurul turut menambah bahawa golongan wanita berhak untuk mendapat hak kemanusiaan itu kerana kita semua adalah manusia.

Lelaki merupakan golongan yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Pada saya, setiap wanita sepatutnya mendapat hak kemanusiaan serta hak wanita kerana kita semua adalah manusia.

Netizen tidak bersetuju

Video yang dikongsikan itu tular dan mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Nurul Hidayah itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan pendapat dan kenyataan Nurul Hidayah tu?

Kredit: SinarDailyMy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media