Sharnaaz Ahmad Bengang, Ada Individu Nak ‘Rembat’ Kepala Jebat Jayden

10 Jun 2022 • 11:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sharnaaz

Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad bengang apabila ada seorang netizen di Twitter nak rembat kepala anaknya, Jebat Jayden. Eh! Dah kenapa tu?

Menurut laporan Utusan Online, Sharnaaz menganggap bahawa tindakan yang dibuat pengguna terbabit tidak bertanggungjawab kerana tergamak menyentuh mengenai anaknya.

image is not available

Hal ini juga membuatkan Sharnaaz bercadang kepada kerajaan untuk mewajibkan setiap pengguna media sosial berdaftar dengan maklumat yang sahih.

Mudah saja, kerajaan perlu wartakan setiap pengguna media sosial perlu berdaftar supaya pemilik akaun adalah pemilik satu entiti yang mudah dikenal pasti dan bukan akaun palsu.

Jadi, masalah keyboard warrior dan ancaman buat pengguna lain dapat ditangani dengan mudah. Kalau korang perasan, selalunya yang ‘gah’ dalam media sosial ni kebanyakannya fake account.

Betul juga apa yang dikatakan Sharnaaz tu kan? Pengguna yang ‘tweet’ nak rembat kepala Jayden tu berani pun sebab tak tunjukkan diri je. Beria dalam media sosial bolehlah!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.