
Kota Kinabalu: Semua kerja baik pulih jalan dan jambatan gantung yang musnah teruk akibat banjir besar Mac lalu di kampung terpencil di Nabawan, kini dalam pelaksanaan.
Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Kurup, ketika mendedahkan perkara itu, berkata beberapa guru yang sebelum ini terpaksa berjalan kaki 18 jam sepanjang malam untuk sampai ke SK Pengaraan di pedalaman Nabawan pada April tahun ini akibat jambatan rosak, tidak perlu lagi melalui pengalaman getir itu berikutan siapnya jalan berbatu sepanjang 45km dari pekan Keningau ke sekolah rendah sebelum sekolah dibuka semula Isnin ini.

