Covid-19: Tujuh kematian, jangkitan harian kekal bawah paras 2,000 kes

1 Jun 2022 • 10:54 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 kekal bawah paras 2,000 kes sejak 26 Mei lalu, dengan 1,451 kes dicatatkan semalam.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,506,510 kes dengan 23,152 daripadanya kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, sebanyak 22,160 kes menjalani kuarantin di rumah, 19 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 945 kes dirawat di hospital dan 28 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, sebanyak 2,071 kes sembuh direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,447,682 kes.

Data tersebut turut menunjukkan tujuh kematian dilaporkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik sebanyak 35,676 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved