Ini Rupa Perodua Alza (2022) Sebenar, Foto ‘Fresh’ Dari Kilang!

Digital
10 Jun 2022 • 1:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Alza

Perodua Alza (2022) yang sepatutnya telah dilancarkan sebelum ini terpaksa ditunda kerana kekurangan tenaga pekerja di bahagian vendor.

Selagi tak dilancarkan, selagi itulah ramai yang tak senang duduk sebab nak tahu rekabentuk, ciri terbaru dan macam-macam lagi yang dibawakan pada model ini kan?

Walaubagaimanapun, terdapat satu video di Tiktok yang dimuatnaik @nick8486 menunjukkan Alza terbaru itu yang tersusun dipercayai di kawasan kilang Perodua. Tapi, video itu telahpun dipadam.

image is not available

image is not available

Kalau korang lihat, terdapat 4 buah Alza yang berlainan warna iaitu hitam, putih, silver dan merah. Rasanya bukan 4 je dan mungkin ada pilihan warna lain yang ditawarkan nanti.

Pergh! Nampak smart gila. Kalau nak tengok lebih dekat dan nak tahu apa yang menarik dibawakan pada Alza (2022) ini, kenalah tunggu juga sehingga ianya dilancarkan.

Kredit: Motoqar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.