Sony – Kemampuan Kamera Telefon Pintar Akan Melangkaui Kamera SLR Menjelang 2024

TechnologyDigital
13 Jun 2022 • 8:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak kamera mula diletakkan pada telefon pintar, jualan kamera analog dan digital menjunam teruk mengakibatkan beberapa syarikat besar mengalami kerugian atau dalam kes lebih serius terus gulung tidak. Sony sebagai antara nama besar dalam dunia fotografi, masih mampu bersaing kerana mereka turut menawarkan sensor kepada industri telefon pintar.

image is not available

Kini presiden Sony Semiconductor Solutions (SSS), Terushi Shimizu dipetik berkata beliau percaya gambar diambil dari telefon pintar akan melangkaui gambar diambil oleh kamera SLR seawal 2024. Ini adalah kerana penggunaan sensor yang lebih besar serta bantuan dari sistem kecerdasan buatan terbina dalam kamera.

Kemampuan beberapa kamera telefon pintar kelas mercu tahun ini sudahpun berjaya menyaingi kemampuan kamera digital yang dikeluarkan tiga tahun lalu. Dengan lebih banyak kajian dilakukan, ramalan Terushi Shimizu mungkin akan menjadi kenyataan.