Pameran, penerbitan buku suatu perusahaan bagi pendidikan dan budaya

4 Jun 2022 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) serta pameran dan aktiviti penerbitan buku sebagai perusahaan bagi pendidikan dan budaya, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, program seumpama itu akan memperkukuhkan budaya membaca dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Justeru, katanya Kementerian Pendidikan melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan agensi berkaitan hendaklah melaksanakan usaha lebih giat bagi memajukan industri penerbitan buku tempatan dan menggalakkan aktiviti berkaitan dengannya.

"Saya turut menyeru seluruh Keluarga Malaysia agar menerapkan budaya membaca bagi melahirkan masyarakat yang bertamadun, berilmu pengetahuan dan berkeperibadian unggul.

"PBAKL adalah pesta buku terbesar negara yang mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan industri buku dan memupuk budaya membaca serta mewujudkan masyarakat celik ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu.

(AKAN MENYUSUL)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved