Televisyen Terkini Samsung Neo QLED 8K Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM12,499

TechnologyDigital
7 Jun 2022 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Malaysia hari ini melancarkan 7 televisyen Neo QLED 8K terkini mereka ke pasara tempatan. Televisyen-televisyen pintar yang menggunakan sistem operasi Tizen ini adalah model yang sama seperti yang diperlihatkan mereka ketika acara CES pada Januari lalu.

image is not available

Setiap televisyen menyokong skrin 8K dengan cip pemprosesan Neural Quantum Processor 8K yang menganalisa imej menerusi 20 rangkaian neuralnya. Dengan ini menurut Samsung imej yang dipaparkan pada skrin adalah terbaik tanpa mengira sumbernya.

image is not available

Bagi peminat permainan video, terdapat empat port HDMI 2.1 membolehkan sokongan paparan 144Hz pada resolusi 4K yang wujud pada konsol generasi semasa. Dengan Nifty Gateway pula, pemilik NFT boleh memaparkan aset digital mereka terus pada televisyen pintar. Alat kawalan jauh Eco Remote yang boleh dicas menggunakan gelombang frekuensi radio serta solar turut disertakan dengan setiap pembelian.

image is not available

Dari segi sokongan audio pula, speaker 90W dengan 6.2.4 saluran secara terbina menyokong Dolby Atmos lengkap dengan Object Tracking Sound Pro yang membolehkan audio dipaparkan selari dengan kedudukannya dalam visual yang ditonton. Turut disokong ialah Dolby Atmos secara nirwayar menggunakan sistem audio Ultra Slim Soundbar terkini. Harga jualan ketujuh-tujuh Samsung Neo QLED 8K terkini di Malaysia adalah seperti di bawah.

Model Harga Jualan
85″ Neo QLED 8K QN900B RM 49,999
75″ Neo QLED 8K QN900B RM 34,999
65″ Neo QLED 8K QN900B RM 23,999
85″ Neo QLED 8K QN800B RM 33,999
75″ Neo QLED 8K Q8900B RM 24,999
65″ Neo QLED 8K Q8900B RM 18,999
75″ Neo QLED 8K QN700B RM 12,499