
KUALA TERENGGANU: Orang ramai yang berkunjung ke pantai sekitar sini digesa lebih berwaspada dengan kehadiran ubur-ubur, selepas beberapa kes serangan ubur-ubur yang dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata dalam kejadian Ahad lepas seorang kanak-kanak perempuan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disengat ubur-ubur ketika sedang mandi bersama keluarga pada pukul 11.45 pagi di Pulau Rhu.
“Akibatnya kanak-kanak perempuan itu mengalami alahan di seluruh badannya. Bantuan awal segera diberi oleh anggota penyelamat APM Besut sebaik sahaja bot dinaiki mangsa tiba di pantai,“ katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau berkata pada keesokkan harinya pula seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sedang mandi di Pantai Bukit Keluang, dekat Besut, turut dilaporkan mengalami alahan selepas disengat ubur-ubur kira-kira pukul 6.50 petang.
“APM Besut akan terus meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan pantai sekitar daerah ini,“ katanya. — Bernama
