“Aryan Khan Pakai Rantai Sal*b Ke?”- Netizen Tertanya-Tanya Status Agama Anak Syah Rukh Khan

Entertainment
6 Jun 2022 • 7:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
“Kata Ikut Agama Bapa Kan?” – Muncul Di Parti Selebriti Pakai Rantai Salib, Netizen Tanya Aryan Khan Islam Ke Tak?

Penampilan anak bujang pelakon Bollywood yang digelar ‘King Khan’, Shah Rukh Khan baru-baru ini menjadi bualan netizen di India.

Aryan Khan telah hadir ke parti hari jadi pengarah popular di negara itu, Karan Johar pada minggu lalu bersama bapa dan ibunya, Gauri.

Kemunculan Aryan yang tampil dengan gaya ‘smart casual’ serba hitam itu bagaimanapun telah menarik perhatian selepas dia dilihat memakai rantai leher berbentuk salib.

Gara-gara berpenampilan sebegitu, ramai netizen di media sosial mempersoalkan status agama anak pelakon Dilwale berkenaan.

“Aryan akan ikut agama Shah Rukh Khan bukan?”- Soal netizen.

Umum tahu bahawa Shah Rukh Khan beragama Islam dan isteri pula beragama Hindu namun sebelum ini Gauri sendiri dikatakan pernah mendedahkan bahawa anak teruna mereka itu akan mengikut fahaman agama bapanya.

image is not available

Disebabkan itu, tindakan Aryan memakai aksesori tersebut mencetuskan kekeliruan dan persoalan dalam kalangan peminat hiburan di negara berkenaan.

Disebabkan itu, tindakan Aryan memakai aksesori tersebut mencetuskan kekeliruan dan persoalan dalam kalangan peminat hiburan di negara berkenaan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media