(VIDEO) “Besar Pengorbanan Dia”- Adik Sanggup Derma Buah Pinggang Untuk Kakak

Entertainment
9 Jun 2022 • 5:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hubungan adik beradik sememangnya sangat rapat seperti ‘isi dengan kuku’.

Itulah yang dapat dilihat antara hubungan adik beradik ini apabila salah seorang daripadanya sanggup menderma buah pinggang untuk si kakak.

Dalam perkongsian di TikTok, oleh Atikah Che wan, dia difahamkan mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu menjalani operasi pemindahan secepat mungkin.

Pada awalnya, suami Atikah secara sukarela ingin menawarkan buah pinggangnya tetapi organ si suami disahkan tidak sesuai untuk menjadi penderma.

Perkara tersebut membuatkan Atikah menjadi murung dan mula menyalahkan takdir kerana penyakit yang dihadapi.

Harapan Atikah mula bersinar apabila adiknya sendiri sanggup berkorban memberikan satu daripada buah pinggangnya untuk menyelamatkan si kakak.

Pengorbanan itu membuatkan Atikah berasa sangat terharu dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada adiknya.

Selain itu dia juga mengakui tindakan itu adalah salah satu pengorbanan terbesar yang dilakukan oleh adiknya dan tiada nilai gantinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut berasa terharu dan berasa kagum dengan hubungan kasih sayang antara dua beradik itu.

image is not availableimage is not available

image is not available 1 bulan lalu

(VIDEO) “Besar Pahala” - Bapa Saudara Sanggup Berkorban, Jaga 3 Beradik Yatim Piatu Selepas Kematian Ibu Bapa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved