Invest Selangor bawa produk usahawan ke ST Rosyam Mart

1 Jun 2022 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 JUN: Program Jualan Pasaraya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B) anjuran Invest Selangor kini berlangsung di ST Rosyam Mart Seksyen 9 di sini.

Program dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 itu berlangsung selama 10 hari sehingga 5 Jun depan.

Menerusi program itu terdapat 15 kiosk menjual pelbagai produk antaranya bahan masakan kisar seperti cili dan bawang, sambal hijau dan teh herba daun kelapa sawit.

Turut serta dalam program tersebut ialah chef terkenal Chef Jo yang menawarkan produk sejuk beku seperti ketupat palas, pulut lepa dan aneka biskut.

Orang ramai dipelawa ke ST Rosyam Mart untuk mendapatkan pelbagai produk yang akan dijual di SIBS 2022 pada harga istimewa.

SIBS 2022 menawarkan 850 tapak pameran sepanjang program yang berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain SIE F&B, SIBS turut menampilkan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved