Paul Pogba Kenakan Tiga Syarat Buat Kelab Yang Mahukan Khidmatnya

Football
8 Jun 2022 • 10:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pemain Manchester United, Paul Pogba yang kontraknya bakal tamat pada bulan Jun ini mengenakan tiga syarat buat kelab yang mahukan khidmatnya musim hadapan.

Menurut Daily Star, kelab-kelab seperti Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Juventus menunjukkan minat dan telah membuat tawaran untuk menandatangi pemain kelab dengan jolokan Setan Merah itu.

Dalam satu temubual bersama Uninterrupted, pemenang Piala Dunia yang berusia 29 tahun itu meletakkan tiga syarat buat kelab baharunya nanti iaitu membenarkannya untuk bermain bola sepak, menjadi dirinya sendiri dan menikmati apa yang dia lakukan, lapor The Sun.

Saya hanya mahukan yang terbaik untuk saya.

Saya hanya mahu bermain bola sepak, sentiasa menjadi diri sendiri dan menikmati apa yang saya lakukan. Jika tidak, saya tidak boleh beraksi dengan baik.

Saya tidak mahu berfikiran negatif. Kita boleh kalah dalam perlawanan, kehilangan trofi tetapi anda perlu gembira di mana anda berada. Itulah yang saya cari.

Paul Pogba akan meninggalkan Manchester United selepas kelab itu mengesahkan mereka gagal untuk bersetuju dengan terma perjanjian baharu dengan pemain tengah itu, enam tahun selepas menandatanganinya semula dengan yuran perpindahan bernilai 94.5 juta.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article