3,925 kes HFMD di Negeri Sembilan

2 Jun 2022 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Negeri Sembilan mencatatkan 3,925 kes sejak awal Januari sehingga Rabu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, kumulatif kes pada Minggu Epid 21 yang berakhir pada 28 Mei ini adalah 780 kes iaitu penurunan 21 peratus berbanding minggu sebelumnya.

"Daerah Seremban mencatatkan jumlah kes HFMD paling tinggi iaitu 2,219 kes, diikuti Port Dickson (484 kes) dan Jempol (430 kes).

"Bagi daerah Rembau pula 333 kes direkodkan, Tampin (175 kes), Kuala Pilah (172 kes) dan Jelebu 112 kes,"katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.

Menurutnya, kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah 50 wabak.

Beliau berkata, sembilan wabak daripadanya masih aktif iaitu masing-masing tiga di daerah Seremban dan Jempol manakala masing-masing satu di Port Dickson, Tampin dan Jelebu.

"Daripada 50 wabak itu, 34 wabak melibatkan tadika atau taska dan perintah penutupan telah diberikan.

"Hanya lapan tadika atau taska yang masih ditutup, manakala selebihnya dibuka semula," katanya.

Veerapan berkata, peningkatan kes yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lalu berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved