Stranger Things ‘Muncul’ Di Petaling Street!

Art
2 Jun 2022 • 9:53 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Netflix Malaysia telah melantik seorang pelukis mural tempatan, Amir Andhar untuk membawa pengalaman Stranger Things yang mengasyikkan dan menggerunkan dalam bentuk mural.

Sempena meraikan musim keempat drama sains fiksyen ini, Amir melukis sebuah mural di Kwai Chai Hong, Jalan Petaling.

image is not available
Amir Andhar, pelukis mural profesional.

Peminat Stranger Things di Malaysia bakal melangkah masuk ke dunia Stranger Things melalui mural ini dan boleh mengambil foto outfit of the day (#OOTD) di hadapannya.

Pelukis kelahiran Melaka itu berkata dia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan mural itu dan dilukis secara tiga peringkat untuk menerapkan babak-babak dari musim keempat.

image is not available

Adegan ikonik seperti kayu yang menjalar pada permukaan bangunan yang keluar dan merebak dari Creel House Clock. 

Dengan gaya lukisan graviti yang mengalir bebas dan penggunaan warna-warna kontras yang sinonim dengan drama remaja ini, karya Amir pastinya menarik perhatian.

image is not available

Mendapat ilham daripada alam semula jadi dan kehidupannya sendiri, Amir bersemangat untuk merakam kepelbagaian subjek yang hidup di dalam muralnya.

Dia bermula sebagai seorang pelukis mural sepenuh masa selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah pada 2014.

image is not available

Semenjak itu, Amir telah mencipta banyak mural berskala besar di seluruh negara untuk pelanggan-pelanggan seperti Kementerian Pelancongan dan Balai Seni Lukis Negara.

Amir sempat terkejut ketika Netflix Malaysia menghubunginya untuk berkolaborasi menerusi mural Stranger Things tersebut.

image is not available

Sebagai peminat drama itu juga, Amir berkongsi dia sangat dekat dengan watak Billy Hargrove (Dacre Montgomery) yang muncul dalam musim dua dan tiga.

Para peminat Stranger Things dijemput untuk melawat mural ini di Kwai Chai Hong sehingga 12 Jun 2022. - Getaran, 2 Jun 2022

image is not available

image is not available

image is not available

Gambar: Netflix Malaysia