(VIDEO) “Bahayanya..” – Separuh Wajah Lelaki Ini Lumpuh Gara-Gara Hadap Air Cond Terlalu Lama

1 Jun 2022 • 5:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang berkongsi bagaimana separuh wajahnya menjadi kaku disebabkan Bell’s Palsy.

Menerusi video tersebut, jejaka itu menjelaskan keadaannya itu disebabkan kelumpuhan separuh wajah kerana terlalu sering terdedah dengan udara sejuk penghawa dingin.

Malah, dia turut mengalami kesukaran untuk makan, minum, membasuh muka dan mandi sehingga terpaksa berusaha lebih keras untuk menggerakkan bahagian otot yang terjejas.

image is not available

Sebelah wajah kaku, terlalu lama terpapar angin AC ke arah wajah.

Dalam pada itu, jejaki itu dilihat turut menjalani rawatan fisioterapi dan sempat menitip pesan buat orang ramai supaya menjaga kesihatan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan jejaka itu supaya diberi kesumbuhan dan malah, ada juga yang pernah melalui pengalaman sama.

Cepat pulih, jangan terlalu dekat dengan kipas dan AC yang mengarah ke wajah. – Netizen.

Aku pernah kena, lepastu aku buat rawatan acupuncture. Alhamdulillah menjadi,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Rawatan Ni Dah Tak Ada Makna Untuk Saya" - Hidap Penyakit Vaginismus, Suami Sanggup Ceraikan Isteri