
RANAU: Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) diharap terus menjalin kerjasama pintar dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam memperkasakan institusi kekeluargaan, termasuk di luar bandar.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam, yang juga Adun Kundasang, melahirkan harapan ini ketika berucap pada Majlis Perasmian Jerayawara Keluarga Malaysia: Peka @LPPKN Kundasang, Karanaan dan Paginatan, sempena Hari Ibu Peringkat Negeri 2022 di Dewan Masyarakat Ranau, Rabu.
Majlis itu dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri yang juga Pengerusi Mutiara GRS, Datin Seri Juliah Salag.

