Elon Musk Akan Kurangkan 10% Tenaga Kerja Tesla – Kerana Terlebih Ramai

TechnologyDigitalCars
4 Jun 2022 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini telah mengumumkan kepada semua pekerja di Tesla, yang mana mereka akan mengurangkan tenaga kerja berbayar sebanyak 10% – disebabkan oleh mereka mempunyai terlebih pekerja di pelbagai bahagian.

Apa pun, Elon Musk mengatakan mereka tidak akan membuang pekerja pada bahagian pembangunan kereta, bateri, atau pemasangan solar.

Pada penghujung 2021, Tesla menyatakan mempunyai 99,920 orang pekeja, dan pengurangan ini dilihat akan memberikan kesan kepada hampir 10,000 orang pekerja.

Sebelum ini juga, Elon Musk telah meminta semua pekerja kembali bertugas di pejabat, atau memilih untuk tinggalkan Tesla.