Ciri Stage Manager iPadOS 16 Hanya Disokong iPad Dengan Cip Apple M1

TechnologyDigital
9 Jun 2022 • 8:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada iPadOS 16 kelak, melakukan multi tugasan adalah lebih pantas serta menyerupai macOS menerusi ciri yang diberi nama Stage Manager. Di WWDC pengguna iPad boleh menggunakan sehingga empat tetingkap yang terapung bagi menunjukkan aplikasi lain yang telah dibuka.

image is not available

Sekiranya anda teruja dengan ciri ini, keterujaan mungkin akan dicantas kerana ia hanya terhad kepada iPad yang dilengkapi cip Apple M1 sahaja. Oleh itu hanya iPad Pro 11″ 2021, iPad Pro 12.9″ 2021 dan iPad Air 2022 sahaja akan disokong.

Untuk menggunakan Stage Manager, iPadOS 16 memerlukan memori yang besar dan kuasa memproses yang tinggi. Apple M1 dilengkapi 8GB RAM yang mencukupi bagi membolehkan ciri ini digunakan dengan lancar.

image is not available

Selain sokongan multi tugasan yang lebih baik, Stage Manager juga menyokong output sehingga resolusi 6K pada monitor yang disambung. Sebanyak empat lagu aplikasi boleh dibuka dalam bentuk tetingkap pada monitor sekunder ini.