Kementerian Sedang Siapkan Kertas Kerja Dalam Lajukan Internet Di Sekolah

TechnologyDigital
12 Jun 2022 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Pendidikan kini mengatakan mereka sedang menyiapkan kertas kerja dalam meningkatkan kemudahan dan akses internet di semua sekolah di Malaysia.

Kertas kerja ini akan dibentangkan dalaam mesyuarat kabinet menteri akan datang. Dengan langkah ini, internet dijangka akan dapat ditawarkan secara meluas, dan bukan terhad pada beberapa lokasi bilik darjah sahaja.

Memandangkan dunia ke arah digital, selain penerapan teknologi dalam pembelajaran, langkah ini adalah sangat penting dalam memastikan para pelajar tidak ketinggalan pada era kini.