Apple WatchOS 9 Memberikan Lebih Perhatian Kepada Kecergasan Dan Kesihatan

TechnologyDigital
7 Jun 2022 • 2:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple hari ini memperkenalkan sistem operasi terbaru untuk jam tangan pintar mereka, dinamakan sebagai watchOS 9. Ia bakal digunakan pada sejumlah Apple Watch generasi terkini.

Apple WatchOS 9 hadir dengan beberapa penambahan muka jam baharu – membolehkan anda memilih mengikut citarasa, dan mengubah mengikut kesesuaian anda. Disamping itu, Apple turut memberikan sejumlah fokus terhadap kecergasan dan kesihatan.

image is not available

Melalui pembaharuan baharu, ia membahagikan kadar denyutan nadi mengikut zon – dan seterusnya memberikan peringatan kepada pengguna apabila melakukan aktiviti seperti berlari. Dengan langkah ini, ia memberikan lebih data berkaitan corak lari seseorang.

Selain ketika lari, zon ini juga aktif ketika anda tidur, memperlihatkan corak tidur dengan lebih baik lagi.

image is not available

watchOS 9 juga turut menyertakan kemaskini pada antaramuka, dan pada masa yang sama menyertakan ciri seperti “Medications”, yang memberikan peringatan untuk anda mengambil ubat mengikut masa.

Apple dijangka menawarkan watchOS 9 ini kepada pengguna Apple Watch seawal September atau Oktober kelak.