“Kena Jilat Meja Ke?” – Menu ‘Sweet Table’ Fazley Yaakob Dikritik, Dakwa Main Campak Makanan Oleh Netizen

Food
7 Jun 2022 • 10:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Cef selebriti dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tampil meluahkan perasaan di Instagram miliknya setelah dia dikritik melakukan persembahan ‘campak-campak’ makanan di atas meja yang dikenali sebagai Sweet Table di restorannya, baru-baru ini.

Kata Fazley dalam hantaran panjang lebarnya itu, netizen mengkritik cara penyediaan hidangan tersebut yang dianggap membazir dan meniru budaya barat.

…ada ramai yang pertikai tentang pembaziranlah, tiru budaya baratlah, tak sopanlah, kotorlah, lepas tu siap tanya kena jilat meja ke?

Dalam hantaran itu juga, Fazley ada menunjukkan penyediaan menu ‘campak-campak’ itu yang dihiasi dengan pelbagai manisan di atas meja sambil disaksikan oleh orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang memuji dan mempertahankan pencuci mulut unik itu yang dianggap kreatif dan lain dari yang lain.

“Ini adalah seni, seni kulinari” kata seorang netizen.

image is not available 2 minggu lalu

"Pernah Kena Penampar Chopping Board?" - Geram Di 'Body Shaming', Fazley Yaakob 'Sound' Netizen