
Kota Kinabalu: Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan Sabah akan memberi keutamaan tinggi dalam rancangan pembangunan telekomunikasi negara.
“Kementerian saya akan memastikan program-program di bawah K-KOMM serta agensi di bawahnya dan syarikat-syarikat termasuk telco yang sama-sama terlibat akan memberikan tumpuan sepenuhnya (terhadap pembangunan telekomunikasi).

