Pengecas Nirwayar 100W Honor Ditawarkan Juga Pada Harga RM299

TechnologyDigital
1 Jun 2022 • 4:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dengan pelancaran Honor Magic4 Pro di Malaysia sebentar tadi beberapa peranti lain seperti Honor Watch GS 3 dan Honor Earbuds 3 Pro turut dilancarkan sekali. Keunikan Magic4 Pro ialah ia menyokong pengecasan nirwayar pantas sehingga 100W. Untuk menikmati pengecasan yang amat pantas ini, Honor SuperCharge Wireless Charger Stand dilancarkan di Malaysia pada harga RM299 sebuah.

image is not available

Menerusi pengecas ini, Honor Magic4 Pro boleh dicas tanpa sebarang sambungan kabel secara menegak ataupun mendatar. Peranti disandarkan pada sudut 65 darjah yang membolehkan pengguna menonton video semasa pengecasan sedang dilakukan. Terdapat sebuah kipas penyejuk yang memastikan suhu peranti terkawal semasa ia digunakan pada pengecas ini.