Kejamnya … Mayat Bayi Ditemui Dalam Bagasi Terapung Di Laut

9 Jun 2022 • 8:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat bayi perempuan ditemui dalam bagasi yang terapung di laut di Tawau, Sabah.

TAWAU - Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui di dalam sebuah bagasi yang terapung di laut berhampiran jeti Tanjung Batu Logpond di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada jam 4.30 petang.

“Mayat bayi masih bertali pusat tersebut ditemui orang awam yang kebetulan berada di lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, polis segera ke lokasi kejadian dan mendapati bayi masih bertali pusat itu sudah meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, mayat bayi itu kemudian dibawa kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan mendapati bagasi terbabit turut berisi batu dipercayai supaya ia tenggelam di laut.

“Hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan mayat bayi ditemui itu seberat kira-kira satu kilogram,” katanya.

Menurut Jasmin, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana perbuatan menyembunyikan dan membuang mayat.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved