Tamat Tugas KPN, Hamid Bador Kejar Impian Bergelar Pekebun

6 Jun 2022 • 6:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hamid (kanan) mengemari berkebun sebagai hobi. - Gambar dari Twitter @MohamadYusofBi6

KUALA LUMPUR - Setahun selepas menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada penggantinya, Tan Sri Hamid Bador kini menjalani kehidupan yang diimpikannya selama ini, iaitu bergelar seorang pekebun.

Beliau yang kini berusia 63 tahun nyata gembira apabila impian itu menjadi kenyataan, malah dilihat tersenyum riang apabila kelibatnya menjual hasil sayuran ditanam di pasar tani dirakam pengunjung.

Dalam satu foto yang tular di Twitter sejak malam tadi, Hamid sambil memegang sebuah buku nota dan pen dilihat duduk di belakang gerai sayurannya.

Seorang pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya, yang memuat naik foto tersebut turut memberikan penghormatan kepada Hamid kerana tidak malu menjual hasil sayurannya di kaki lima pasar tersebut.

“Bekas IGP (Ketua Polis Negara) niaga hasil kebun sayur di kaki lima pasar awam. Ada berani yang lain. Tak segan pun beliau, salute to u,” ciapnya.

Hamid yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dalam temu bual bersama Sinar Harian pada 17 Mac tahun lalu berkata, beliau tidak sabar untuk bersara dan menumpukan perhatian kepada hobinya sebagai pekebun.

Selepas bersara pada tahun 2016, Hamid tidak bertangguh untuk memulakan kehidupan sebagai seorang pekebun dan menjual hasilnya sebagai sumber pendapatan, namun kemudian dilantik pula sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Mei 2019.

Dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada 2019, Hamid memaklumkan bahawa beliau sangat menggemari aktiviti berkebun dan tidak sabar untuk kembali menjalani kehidupan itu selepas kontraknya sebagai Ketua Polis Negara tamat.

“Selepas bersara dalam masa dua tahun, saya akan kembali berkebun. Saya sukakannya,” katanya seperti dilaporkan akhbar terbabit. - The Vibes, 6 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved