
LAHAD DATU: Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda (4WD) dan sebuah traktor di Batu 14 di sepanjang Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini pada Sabtu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.02 petang.
Tujuh anggota bomba, Tender Penyelamat Bomba (FRT) dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikejarkan ke tempat kejadian.
Sejurus tiba, pasukan itu mendapati pemandu 4WD serta pemandu traktor sudah dibawa keluar dari kenderaan masing-masing oleh orang awam.
Kedua-duanya kemudian diberi rawatan oleh pasukan EMRS sebelum dikejarkan ke hospital.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat turut membersihkan tumpahan minyak di lokasi sebelum melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
“Operasi ditamatkan pukul 7.51 petang,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

