Diumpan gerabak kelas pertama sebelum wanita diperlakukan kejam. Ini yang terjadi

7 Jun 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
kes rogol Pakistan

SUDAHLAH diumpan dengan tiket gerabak kelas pertama, wanita di Pakistan berdepan mimpi ngeri diperlakukan kejam.

Mangsa yang merupakan ibu kepada dua anak itu dikatakan telah dirogol beramai-ramai ketika beliau dalam perjalanan seorang diri dari Multan ke Karachi menaiki Kereta Api Ekpress Bahauddin Zakaria.

Lapor dailystar.co.uk, mangsa yang membeli tiket kelas ekonomi tersebut ditawarkan tempat duduk di gerabak berhawa dingin secara percuma oleh jurutiket.

image is not available

Disebabkan jarak perjalanan sejauh 804.7 kilometer, wanita malang berkenaan tanpa berfikir panjang dan terus bersetuju untuk berpindah ke gerabak lebih selesa.

Pun begitu, padah pula yang menanti apabila mangsa dirogol oleh jurutiket tersebut bersama tiga lelaki lain yang sedang menunggu.

Meskipun diugut supaya tidak melarikan diri, namun wanita itu berjaya meloloskan diri dan meminta bantuan pihak polis.

image is not available

Menurut portal itu lagi, suspek termasuk jurutiket durjana tersebut melarikan diri di kawasan perkampungan terpencil di Pakistan selepas kejadian.

Pun begitu, kesemua perogol terbabit berjaya ditangkap polis dan rata-rata penduduk mendesak hukuman gantung sebagai pengajaran setimpal.

Insiden tersebut membuatkan ramai wanita rasa tidak selamat untuk melakukan perjalanan (travel) seorang diri waima untuk destinasi yang singkat.

image is not available

Beberapa kes menakutkan turut dilaporkan di negara sama apabila wanita sering berdepan gangguan seksual di dalam bas, teksi ataupun kereta api.

Aduhai, memang tak selamat jika keluar seorang diri!

image is not available

Disebabkan kes rogol yang semakin menjadi-jadi membuatkan seorang pereka di Jerman pernah mencipta seluar dalam kalis rogol.

Ya! Ciptaan tersebut lengkap dengan sistem penggera. Bunyi amaran akan dikeluarkan sekiranya seluar tersebut direntap atau dikoyakkan dengan sengaja.

image is not available

Mungkin lebih banyak lagi fitur baharu berkaitan keselamatan wanita dapat dicipta untuk manfaat yang lebih baik.

Apapun, semua wanita di luar sana dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling ya.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

View Original Article