Kutipan zakat fitrah dalam talian menurun, ramai pilih bayar secara fizikal

2 Jun 2022 • 11:08 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 2 JUN: Kutipan zakat fitrah secara dalam talian menurun susulan pembayaran fizikal dilaksanakan semula tahun ini, kata Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutifnya berkata penurunan melibatkan jumlah kecil iaitu kurang 10 peratus berbanding kutipan tahun lalu sebanyak RM33 juta, lapor Sinar Harian.

“Kami melihat penurunan itu juga berlaku berkemungkinan faktor rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing pada tahun ini lebih awal.

“Jadi ramai mengambil peluang kerana sudah lama tidak pulang dan mereka menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat fitrah menerusi amil di kampung masing-masing,” kata Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Selain platform bayaran dalam talian, LZS turut melantik 2,754 ketua dan penolong amil fitrah di seluruh Selangor untuk mengutip zakat berkenaan sepanjang Ramadan tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved