Buka Pengambilan Baharu, AirAsia Sekali Lagi Undang Kontroversi

8 Jun 2022 • 3:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan AFP

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila didakwa menolak daripada mengambil semula bekas-bekas kakitangannya.

Dakwa seorang pengguna Twitter @hanabelIe, tindakan AirAsia mengambil kakitangan baharu berbanding menggaji semula petugas lama adalah untuk memudahkan syarikat tersebut.

“Tidak payahlah memohon kru kabin AirAsia itu. Jika dia hendak, boleh sahaja re-hire (mengambil semula) kru lama. Tapi ambil orang baru senanglah dia. Kru kabin pergi temuduga mereka reject (tolak),” dakwanya semalam.

Menjenguk di ruangan balas, terdapat pengguna Twitter memuji beberapa syarikat penerbangan lain yang menemuduga dan mengambil kakitangan lama mereka.

Pengguna Twitter @pkckAm menulis, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dikatakan telah memanggil kakitangan lama dan mengambil semula mereka yang berminat.

Sementara @Aliyameha memberitahu, perkara sama dibuat oleh Malindo Air yang dikatakan mengutamakan kakitangan lama untuk ditemuduga sebelum membuka pengambilan kepada kru baharu.

AirAsia sebelum ini telah membuka pengambilan kru kabinnya pada 4 dan 5 Jun lalu bertempat di AirAsia RedQ.

Getaran sedang cuba mendapatkan maklum balas pihak AirAsia berhubung dakwaan tersebut. - Getaran, 8 Jun 2022