“Meronta-Ronta Takut” – Si Kecil Trauma Nampak Ikan Siakap Stim, Doktor Dedah Sebab Kenapa

2 Jun 2022 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr Rozanizam Zakaria yang berkongsi tentang kejadian malang yang menimpa anaknya 4 tahun lalu.

Menerusi hantaran tersebut, Rozanizam menceritakan anaknya pernah dikejarkan ke unit kecemasan hospital gara-gara tercekik tulang ikan siakap stim ketika sedang makan di sebuah restaurant.

Malah, doktor terpaksa memasuk mini scope ke dalam tekak anaknya sehingga dia meronta-ronta sebab ketakutan.

image is not available

Sejak hari itu dia memang takut makan ikan. Tapi masih makan kalau diasingkan tulangnya.

Menurutnya, baru-baru ini mereka kembali semula ke restaurant itu setelah 4 tahun kejadian itu berlaku dan berbual tentang kisah anaknya yang pernah tercekik tulang.

Kebetulan set yang kami order memang ada siakap stim. Bila ikan tadi sampai, anak saya terus berubah wajah, terus dia menyorok di bawah meja dengan muka cemas.

image is not available

Melihat situasi tersebut, Rozanizam telah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan menjadi peringatan tentang jangan sesekali memperkecilkan pengalaman anak walaupun ia kecil dan remeh bagi kita sebagai dewasa.

Kita tak mahu memahat kekal dalam ingatan mereka sesuatu yang memberi parut pada jiwa mereka.

Tambahnya lagi, anak-anak sangat ingat apa yang berlaku dalam hidup mereka, terutama pengalaman yang bersifat traumatik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Cara Baru Nak Scam Ke?" - Enggan Beri Nombor MyKad, Gadis Dipanggil B*doh Oleh Abang Kurier

View Original Article