Lego Optimus Prime boleh didapati di Malaysia pada harga RM749

1 Jun 2022 • 6:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set Lego Optimus Prime model 1984 yang kami laporkan tempoh hari, ia sudahpun berada dalam pasaran Malaysia. Anda boleh pergi ke laman Box of Bricks di sana, mereka ada senaraikan entri tentang produk 10302 Optimus Prime.

Terdapat sedikit kesilapan pada laman produk Box of Bricks kerana di ruangan penerangan Lego Optimus Prime, mereka masih menggunakan penerangan untuk set Lego Succulent.

Selesai membina Optimus Prime, anda beroleh sebuah patung robot yang boleh bertukar menjadi lori, seakan anda memiliki produk 2-dalam-1. Antara butiran-butiran yang dibawakan ke dalam bentuk Lego adalah seperti Ion Blaster, kapak Energon, dan Matrix of Leadership.

image is not available

Untuk membina set Lego ini, saya bayangkan mungkin perlu laburkan sedikit masa. Hal ini kerana ia mengandungi 1,508 keping bata yang perlu disematkan. Untuk perbandingan relatif, saya mengambil masa sekitar 24 jam untuk membina set Lego Technic Formula E Porsche 99X Electric yang ada cuma 442 keping ataupun hampir 3 kali ganda lebih sedikit komponen.