SST: Sabah komited laksana hak

11 Jun 2022 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Negeri Kedua, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kerajaan Negeri Sabah kekal komited sepenuhnya dalam melaksanakan semua hak perlembagaan dan perundangannya untuk mendapatkan semula Cukai Jualan Negeri (SST) yang terhutang bagi penjualan produk petroleum daripada kedua-dua Repsol Oil & Gas M Ltd (Repsol) dan SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) mengikut Enakmen Cukai Jualan Negeri, 1988.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Persidangan dan Pameran Minyak & Gas Sabah (SOGCE) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini Jumaat.