Tidak Tahan Sakit Perut,Suami Dikecam Teruk Tayang Isteri Mahu Pakai Lampin Anak

Entertainment
3 Jun 2022 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Zaman kini, setiap orang mempunyai platform media sosial sendiri untuk mereka berkongsikan pelbagai perkara seperti rutin harian, masakan, mempromosi produk dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai sifat malu dan masih boleh berfikir mana satu yang baik serta buruk, setiap konten yang ingin di muat naik pasti akan difikirkan dahulu risikonya.

Pakai lampin anak sebab tak tahan sakit perut

Namun, baru-baru ini seorang influencer di TikTok telah memuat naik satu video yang mengundang kecaman daripada netizen kerana dianggap memalukan isterinya.

@azry.vs__ anak pkai pempesimage is not available ibu pkai pempes anakimage is not available @Yaya Mekcekk #fyp #funny ♬ bunyi asal – azry. vs__

Menerusi video yang dimuatnaik itu, kelihatan isterinya yang juga merupakan influencer genit yang sememangnya dikenali ramai mahu memakai lampin anak kerana sudah tidak tahan untuk menahan sakit perut.

Jika lihat dari raut wajah si isteri, memang jelas dia tidak berasa selesa apabila si suami merakam ketika dirinya dalam keadaan seperti itu walaupun lelaki berkenaan hanya menganggap semua itu adalah gurauan.

Aib isteri tu janganlah ditayang

Perkongsian yang mendapat tontontan hampir 4.5 juta penonton itu medapat pelbagai respon dari netizen. Rata-rata mengecam tindakan lelaki itu yang menayang aib isterinya di khalayak ramai.

image is not available

image is not available

Haihhh perkara macam ini pun hendak ditayang di media sosial, ada perkara yang kita boleh kongsi, ada perkara yang tidak wajar dikongsi.

Kredit: TikTok azry.vs_ _

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media