
Sebaik sahaja bercerai dengan Elly Suriaty sebelum ini, nama Azri Iskandar masih hangat diperkatakan selepas dikaitkan dengan beberapa orang wanita.
Terbaru, seorang wanita tiba-tiba muncul dan mendakwa telah dipermainkan Azri. Baru jer sebelum ni ada laporkan kata Azri bakal berkahwin dengan penulis skrip, Dr Azra Diera, sekarang lain pula.
Memetik laporan mStar Online, wanita misteri yang hanya ingin dikenali sebagai F mendakwa sudah mengenali Azri sejak lima tahun lalu. Dia turut mendakwa kembali berhubung semula dengan Azri dua hari selepas dia bercerai.

Azri ajak nikah..
Saya dah kenal dia dalam lima tahun, dah lama lost contact. Tapi, apabila dapat tahu dia cerai saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa cerai selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik.
Dia ajak jumpa selepas dua hari cerai tu. Tapi, saya taknak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka. – Dakwa F.
F kemudian menyatakan Azri tiba-tiba ajak nikah dan jumpa dengan keluarga di kampung sambil memberi pilihan ingin bernikah di masjid atau rumah.
Saya pun tak habis fikir lagi tapi saya kata benda ni baru lagi kenapa nak nikah. Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia. Semua baik. – Cerita F.
Azri berubah selepas balik dari kampung..
Namun, sebaik sahaja mendengar berita yang Azri ingin berkahwin dengan wanita lain, ketika inilah F rasa dipermainkan.
Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.
F yang berasa terkilan mengundurkan diri dan merasakan itu adalah bukan jodohnya.
Kredit: mStar
The post Azri Iskandar Didakwa Permainkan Hati Seorang Wanita, Ajak Bernikah Selepas 2 Hari Bercerai Tapi Mungkiri appeared first on Oh! Media.

